rindu

***tak perlu baca sbb tiba-tiba aku nk jd orang yang membosankan***


google.com.my

rindu. rindu dgn kenangan lama. mungkin sbb tengah cuti, tak busy, macam macam perasaan sempat datang. aku benci perasaan ni. perasaan yang aku rasa nk putar balik masa nak ubah semuanya. biar takde kecewa takde rasa sedih, takde tangisan.

kadang kadang rasa nk tuntut semua janji yg pernah janji dekat aku. tapi sapa aku. aku manusia biasa jugak yg ada janji yg tak aku tunai.

mungkin ni balasan untuk aku. dulu degil. terlalu yakin dengan perancangan yang aku buat. perancangan yang konon konon akan jadi happy ending. smpai aku lupa perancangan Allah tu lagi hebat

siang kita gembira, tp jgan terlalu yakin malam pun kita akan gembira. segalanya milik Allah, bila bila masa Allah boleh tukar 360 perasan gembira kepada sedih.

dulu tengok orang sedih sbb benda benda macamni, rasa macam senang tengok orang bangkit. tapi baru aku faham perasaan tu sekarang. mungkin senang tengok orang lain bangkit, tapi kita tak tau macamna orang tu berperang dengan perasaan dia untuk hilangkan rasa sedih. tak guna terus terusan  tunjukkan kesedihan kat orang. takde sapa kisah kecuali Allah.

kadang kadang hati ni tak kuat. rasa nk luahkan segala perasaan aku kat kau. perasaan sama yang tak pernah pudar sejak dulu. janji sama yang dulu yg ttap aku tunaikan.

tapi sapa aku, sapa aku nak hancurkan kebahagiaan orang lain sekali lagi semata mata untuk kebahagiaan aku. impian untuk jadikan kau yg pertama , yg halal dan terakhir cuma tinggal impian.

redha, aku tau segala tangisan ni , pasti Allah akan ganti dengan kebahagian. percaya pada Allah. ya . percaya pada Allah. aturan Dia yang terbaik. ada hikmah semua ni. melepaskan sesuatu kerana Allah, insyaAllah, Allah takkan sia siakan penantian tu

ya, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk hidup dalam realiti bukan lagi fantasi.

aku tau kau dapat lagi baik dari aku. ciri ciri penampilan perempuan yang kau idam selama ni. jadilah yang halal buat dia. yang boleh insyaAllah menjamin ke syurga. jangan ulang kesilapan yang kita pernah ulang. terima kasih kat Allah sbb kau datang dalam hidup aku. walaupun pengakhirannya menyakitkan, kesedihan yg walaupun bertahun mungkin takkan hilang,  tapi aku tau ada sebab knapa Allah takdirkan semua ni. semoga kau sntiasa berada di bawah lindungan-Nya. 

aku belajar kegembiraan tu akan datang bila kita sujud pada-Nya. mengadu pada-Nya. itulah kegembiraan, ketenangan yang  fuhh tak terkata.

maafkan aku kerana emosional. mood nak menulis tiba tiba datang, menulis apa yang aku pendam selama ni.



1 comment:

  1. ill always pray that Allah give you a partner that you deserve. hold onto each other and strive for Him together. i knew its hard to face it. i saw everything when you faced that situation. but nampak takkan sama dgn yg menghadapinya kan

    ReplyDelete