hehe, alhamdulillah ramai puji blog, sebenrnye takde ape pon, cume yang menariknyee gmbar2 kat blkg tuh jee, tapi hakikatnyee isi kosong. Nak update tapi tak mau la den tulis yang karut marut, orang nak ke baca cite den.haha
okayyy hari nak cerite pasal dara , fakta ni aku ambil dari REMAJA 15 DIS 2012.dara ? woahhh .haha. okayy open your mind broadly largely :) masa aku baca ni pon, eh yeke ? baru tw. selama ni ingt mcm itu ini bla bla .
1.
Selaput dara hanyalah lapisan lendir dan kerana itu, ia akan mudah terkoyak walaupun hanya menggunakan jari.
Fakta:
Lubang selaput dara tidak akan terkoyak umumnya hanya menggunakan jari. Lazimnya selaput dara hanya terkoyak semasa kemasukan zakar yang tegang semasa persetubuhan.
2.
Melakukan aktiviti lasak boleh menyebabkan selaput dara terkoyak.
Fakta:
Selaput dara sangat elastik dan tidak mudah rosak. Namun strukturnya mungkin boleh tercedera akibat senaman atau aktiviti yang lasak.
3.
Selaput dara adalah nipis dan sangat mudah terkoyak.
Fakta:
Ketebalan selaput dara adalah berbeza bai setiap individu. Ada yang nipis, ada juga yang tebal dan menutupi keseluruhan lubang faraj hingga menyukarkan pengeluaran darah haid.
4.
Setiap dara yang suci dikatakan mempunyai selaput dara.
Fakta:
Jangan terburu-buru mengatakan ya kerana sebenarnya ada kajian mengatakan, terdapat juga bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara.
5.
Seorang gadis dianggap tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama pengantin.
Fakta:
Sebenarnya tanggapan ini tidak berasas langsung jika dikaji semula pada sifat selaput dara ini. Kemungkinan seseorang itu memang dilahirkan tanpa selaput dara atau memang selaput daranya sukar untuk dipecahkan.
6.
Apabila selaput dara pecah dikatakan ia akan mengeluarkan darah.
Fakta:
Sifatnya yang fleksibal, ia mungkin melentur dengan sendirinya sewaktu hubungan seks berlaku. Oleh itu, pengeluaran darah tidak mungkin berlaku. Bukan itu sahaja, dalam kajian saintifik mengatakan, selaput dara ini mempunyai sedikit pembuluh darah. Jika semakin nipis, selaput darahnya, maka semakin sedikitlah pembuluh darahnya sehinggakan ia tidak kelihatan seperti darah.
Selaput dara atau himen merupakan sauatu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu kemaluan seseorang wanita. Terdapat pelbagai bentuk selaput dara iaitu seperi kelopak bunga, cincin, berlubang dua dan berlibang banyak.
terima kasih REMAJA :)
p/s: selama ni pandai2 kite je buat andaian, pandai2 menghukum orang, tapi bile
terpampang pampang fakta depan mata, terkejut beruk semua :)
No comments:
Post a Comment